kenapa dengan pipi aku nih??

Wednesday, April 13, 2011

situasi di tempat keje:-

aku berjalan masok ke tempat keje seperti biasa..


A: weh awat ngan pipi hang? kena tumbok ka?


B: hang cemolot (cium mulut) ngan awek mana semalam sampai jadi camnih?


aku: terima tohmahan2 dengan redha..


flashback sebelum itu, sewaktu aku baru bangun tido. terlihat di cermin. aargghh..awat muka aku tak simetri!! sebelah pipi ku bengkak! ni gara2 sakit gigi semalam la nih.


aku teros melangkah longlai untuk membuat medical checkup. kot2 boleh dapat cuti best jugak nih.

Dr S: tulah hang. len kali kalo nak cium, check dulu awek tu dah gosok gigi ke belom.
(lalu memberi prescription ubat kat aku)

aku: hampeh betoi!!takpa2..naseb baek member..

aku pon kena la makan ubat2 nih bagi abes dulu. once swelling kat pipi ni dah surut, baru la boleh pi check kat dentist nak tampal ke cabut ke. adoyai..ni seram sejuk ni nak pi jumpa dentist. so next entry maybe aku kat klinik gigi la kot..huhu..cepat la baek wahai gigi!

(tapi tengok2 balek kat cermin, kiut plak aku ada tembam kat pipi ni,,hahaaa)

koko crunch percuma cd games!!

Sunday, April 3, 2011

time shoping2 barang dapur tadi, aku ternampak la sekotak bijirin sarapan berkhasiat nih. memang aku suka makan pon tiap2 pagi. tiba2..jeng jeng jeng..aku baca kat kotak tuh, tertera tulisan 'percuma cd games'. aku pon teros mencapai kotak tuh dan membayar kat kesyer (cashier) tuh.
hehe..inilah kotak bijirin yang aku maksudkan tadi. jadilah koko crunch! bukan ape, sekali sekala jadi budak2 nih best jugak. cam hepi je. game yang dia bagi tu pon budak2 punye je daa.

antara games yang terdapat dalam cd tuh

so kalo korang rasa bosan2 ke, tataw nak watpe sangat da. dapatkan koko crunch di kedai2 berhampiran anda dan bermainlah game ini sepuasnya!! (buat promotion macam best sangat tuh game ni =p)

taman rimba penang!

Saturday, March 26, 2011

berkelah di pantai yang indah, bermacam acara digubah, bermainlah berkawan2, bermandi bersukaan. lalalaa.. teringat aku ngan lagu time subjek muzik masa sekolah rendah dulu. sebenaqnya nak citer pasal aku pi picnic dengan kawan2 tempat keje aku nih. taman rimba dekat teluk bahang (ke arah batu feringgi). kat penang ni payah sikit nak carik sungai. balek2 pantai je. tapi disebabkan kami tamaw sunburn, kami semua memilih untuk picnic kat sungai je. (cewah)

okey jugak la taman rimba nih. ada macam2 la. boleh gak wat camping2 ke kem bina diri ke. malam2 boleh wat bbq jugak. tengok la tuh kami cam bersungguh2 sangat jek main volleyball ayaq tuh. ni la yang dipanggil kolam 1malaysia! semua ada. hehe..

my birthday present

Wednesday, March 23, 2011

besday aku 8hb. tapi nape aku dapat present lambat. isk nak kena nih. tapi nasib baek dapat bende yang memang aku betol2 tengah nak. jeng jeng jeng.. its a keyboard!! thanks to my kekaseh hati. hehe.. takpe la lambat pon. asalkan dapat benda yang aku suke.
so lepas ni kalau aku lambat2 sikit update blog tuh, maknenye aku tengah dok berkarya la tuh. mana taw pasnih boleh jadi komposer. pastuh jadi juri, jadi pengkritik. adeyh jaoh da berangan ni. lagu first yang aku belajar main is 'sedetik lebih' by anuar zain which is OST hikayat merong mahawangsa. ambik masa satu hari jugak nak try chords tuh. mane tak nye, belaja dengan youtube jek. rasenye pasnih teringin jugak la nak ambik class music sket.

guitar and keyboard dah ade. next nak drum set pulak! (next besday eik syg..heee)


redbox 1st avenue penang

Wednesday, March 16, 2011

setelah melangkah ke alam pekerjaan ni, dah lame aku tak menjejak kaki ke redbox even kat penang da ade 2branch. (bangga gak jadi warga penang ni kui3) so ari tuh alang2 da ambik annual leave ari jumaat, saje nak rilek2 kan diri, aku dan misz pergi ler kat redbox 1st avenue.

dapat jugak aku karok lagu2 baru. kebahagiaan dalam perpisahan (shahir), sedetik lebih ost merong mahawangsa (anuar zain). puas hati gak biler dapat bilik yang besar dan yang bestnye mic cordless. boleh karok sambil dance2. rasa macam wat konsert tuh. hehe.. so kalau korang nak try, 1st avenue ni terletak sebelah komtar je dekat ngan prangin mall jugak.


deko bilik..surppprrriiiiseee!!

Sunday, March 13, 2011

memandangkan weekend kali ni cuaca yang asek hujan, so aku pon malas sangat la nak kuar. mood weekend untuk men'deko2' bilik. lagi pon lame sangat da aku tak kemas bilik aku nih. masok bilik cuma untuk tido and maen intenet jek. pemalas jugak aku nih. so setelah berkira2 dan memerah otak camne nak kemas (time ni rasa diri macam eric deko) , aku pon memulakan la langkah2 mem'vacuum', menyapu, mengelap, menolak almari, menyambung2 wire, tido, pastu bangun sambung balek kemas, buang sampah2 yang tak gune lagi da.

finally, aku pon bukak pintu bilik aku..and cakap sendiri kat diri aku..suurrrrpppprriissseeee!!

computer corner kat tepi tingkap, so luas mata memandang. nak tengok movie ramai2 pon boleh! graffiti kat dinding tu yang mahai tuh.

gitar kesayangan kat sebelah cokes corner. cokes collection aku setakat ni da almost 100 items da all over de world. yang aku paling sayang from macca, siap tulis ngan hurup jawi lagi. later kalau aku rajin aku update pasal collection aku ni orait.

finishing, set mekap (barang2 penjagaan diri ler tuh) letak dekat tepi pintu, so senang every time nak kuar bilik boleh check dulu ensem ke tak. hehe.. atas pintu tuh buat ala2 macam kat kedai levis ler kononnye.

so amacam cantik tak??

hikayat merong mahawangsa superb!

Friday, March 11, 2011

ceritera bermula apabila dua buah kuasa besar ingin mengukuhkan kekuasaan dengan mengahwinkan putera mereka (empayar Rom) dengan puteri dari tanah besar china. walaweyh..cara aku citer pun dah jadi ala2 gaya pencerita dalam filem! bukan apa nak bagi korang feel sikit macam mane aku feel time tengok citer nih. so biler dah dua kuasa besar nak bergabung, mesti la ada je pihak2 yang dengki kan. diorang ni la yang dinamakan 'geng geruda' (siam kot) yang menyerang dan menculik puteri cina tu. boleh tahan cun jugak la puteri ni. merong mahawangsa' yang menjadi kapten kapal rombongan meminang tu rasa reponsible la biler 'geruda' ni serang diorang. kat sini la banyak scene2 and fight2 yang sempoi2.



dulu tengok trailer filem ni kat utube rasa macam mesti best citer ni, even CGI dier banyak tapi camera cam still kureng la. tapi biler tengok je kat screen besar cinema tuh, mak aihh its totally diferent la. seriusly cantek giler and tak rasa macam tengok citer melayu. memang kagum siot. filem ni bukan la macam citer sejarah yang bosan and meleret. cinematography cantek, kostum pun smart, lakonan terbaek and fighting2 tuh memang tangkas sungguh la. watak yang paling aku suke dalam filem tu 'kemawas' lakonan Khir Rahman, ketua tentera geruda. memang nampak ganas and biler tengok citer tu aku rasa memang dia la yang paling layak untuk watak tu. terbaeklah!


so daripada 5star, aku nak bagi
6star untuk filem ni! hehe aku rasa best la citer ni berbaloi untuk korang tengok!