Showing posts with label itu aku. Show all posts
Showing posts with label itu aku. Show all posts

iklan 'the pencil' buatan sendiri

Monday, May 16, 2011

aku dah lama dah bercita2 nak jadi director iklan petronas. ngeh3.. tinggi cita2 tuh. so kat sini aku try buat 1 iklan yang kunun2 nye exclusive la. sempena tarikh 16 mei. korang tengok je sendiri. weeee~~



komen sket ;)

kalo korang tak penah tengok lagi citer seram sejuk yang aku wat ngan kawan2 time zaman kolej2 dulu. boley tengok kat sini. seram siot.. tak boley tido malam tuh. hehe..


kenapa dengan pipi aku nih??

Wednesday, April 13, 2011

situasi di tempat keje:-

aku berjalan masok ke tempat keje seperti biasa..


A: weh awat ngan pipi hang? kena tumbok ka?


B: hang cemolot (cium mulut) ngan awek mana semalam sampai jadi camnih?


aku: terima tohmahan2 dengan redha..


flashback sebelum itu, sewaktu aku baru bangun tido. terlihat di cermin. aargghh..awat muka aku tak simetri!! sebelah pipi ku bengkak! ni gara2 sakit gigi semalam la nih.


aku teros melangkah longlai untuk membuat medical checkup. kot2 boleh dapat cuti best jugak nih.

Dr S: tulah hang. len kali kalo nak cium, check dulu awek tu dah gosok gigi ke belom.
(lalu memberi prescription ubat kat aku)

aku: hampeh betoi!!takpa2..naseb baek member..

aku pon kena la makan ubat2 nih bagi abes dulu. once swelling kat pipi ni dah surut, baru la boleh pi check kat dentist nak tampal ke cabut ke. adoyai..ni seram sejuk ni nak pi jumpa dentist. so next entry maybe aku kat klinik gigi la kot..huhu..cepat la baek wahai gigi!

(tapi tengok2 balek kat cermin, kiut plak aku ada tembam kat pipi ni,,hahaaa)

koko crunch percuma cd games!!

Sunday, April 3, 2011

time shoping2 barang dapur tadi, aku ternampak la sekotak bijirin sarapan berkhasiat nih. memang aku suka makan pon tiap2 pagi. tiba2..jeng jeng jeng..aku baca kat kotak tuh, tertera tulisan 'percuma cd games'. aku pon teros mencapai kotak tuh dan membayar kat kesyer (cashier) tuh.
hehe..inilah kotak bijirin yang aku maksudkan tadi. jadilah koko crunch! bukan ape, sekali sekala jadi budak2 nih best jugak. cam hepi je. game yang dia bagi tu pon budak2 punye je daa.

antara games yang terdapat dalam cd tuh

so kalo korang rasa bosan2 ke, tataw nak watpe sangat da. dapatkan koko crunch di kedai2 berhampiran anda dan bermainlah game ini sepuasnya!! (buat promotion macam best sangat tuh game ni =p)

my birthday present

Wednesday, March 23, 2011

besday aku 8hb. tapi nape aku dapat present lambat. isk nak kena nih. tapi nasib baek dapat bende yang memang aku betol2 tengah nak. jeng jeng jeng.. its a keyboard!! thanks to my kekaseh hati. hehe.. takpe la lambat pon. asalkan dapat benda yang aku suke.
so lepas ni kalau aku lambat2 sikit update blog tuh, maknenye aku tengah dok berkarya la tuh. mana taw pasnih boleh jadi komposer. pastuh jadi juri, jadi pengkritik. adeyh jaoh da berangan ni. lagu first yang aku belajar main is 'sedetik lebih' by anuar zain which is OST hikayat merong mahawangsa. ambik masa satu hari jugak nak try chords tuh. mane tak nye, belaja dengan youtube jek. rasenye pasnih teringin jugak la nak ambik class music sket.

guitar and keyboard dah ade. next nak drum set pulak! (next besday eik syg..heee)


deko bilik..surppprrriiiiseee!!

Sunday, March 13, 2011

memandangkan weekend kali ni cuaca yang asek hujan, so aku pon malas sangat la nak kuar. mood weekend untuk men'deko2' bilik. lagi pon lame sangat da aku tak kemas bilik aku nih. masok bilik cuma untuk tido and maen intenet jek. pemalas jugak aku nih. so setelah berkira2 dan memerah otak camne nak kemas (time ni rasa diri macam eric deko) , aku pon memulakan la langkah2 mem'vacuum', menyapu, mengelap, menolak almari, menyambung2 wire, tido, pastu bangun sambung balek kemas, buang sampah2 yang tak gune lagi da.

finally, aku pon bukak pintu bilik aku..and cakap sendiri kat diri aku..suurrrrpppprriissseeee!!

computer corner kat tepi tingkap, so luas mata memandang. nak tengok movie ramai2 pon boleh! graffiti kat dinding tu yang mahai tuh.

gitar kesayangan kat sebelah cokes corner. cokes collection aku setakat ni da almost 100 items da all over de world. yang aku paling sayang from macca, siap tulis ngan hurup jawi lagi. later kalau aku rajin aku update pasal collection aku ni orait.

finishing, set mekap (barang2 penjagaan diri ler tuh) letak dekat tepi pintu, so senang every time nak kuar bilik boleh check dulu ensem ke tak. hehe.. atas pintu tuh buat ala2 macam kat kedai levis ler kononnye.

so amacam cantik tak??

my birthday cake!

Wednesday, March 9, 2011

tarikh: 8 mac 1987
kejadian: birthday of zac zirwan
cake sponsor by: MMCH

thanks kepada semua kawan2 yang wish besday kat aku tak kire la kat fb ke, kat sms, telepon, mane2 jela. siap ada yang nyanyi lagu hepi besday kat tepon lagi pagi2 time aku sampai kat tempat keje. huhu.. thank u kat korang sume!!love u all!!

nape aku tuka blog pulak nih??

Saturday, March 5, 2011



tapi kenapa??kenapa??
why??

mari kita dengar apa kata orang di luar sana..



(maaf gambar terpaksa di'blur'kan atas sebab2 keselamatan)

akibat cemuhan2 di atas.. aku sebagai blogger yang penoh bersemangat waja..teros mengambil langkah untuk 'menyetelkan' masalah ni..dengan macho dan steady-nya..aku register je blog yang baru..dengan nama yang lebih senang di-search kat google..nama aku sendiri..zaczirwan.blogspot.com!!

harapan aku pasni aku akan lebih kerap update blog at least 2days once..kat sini aku nak citer pe2 je bende yang aku rasa nak citer..bukan pasal hiburan jela..ikot suke aku la nak tulis pasal pe pon kan..ada aku kesah??(tema raja lawak minggu lepas)