masterchef kulim

Friday, December 9, 2011

satu lagi video cuba-cuba by me. saya budak baru belajar =)


kl gangster kat kedai minyak!

Monday, November 14, 2011

waduh! kok banyak bener semak samun di sini! mai la aku nak tebaih lalang2 ni, meng-update-kan blog aku dengan satu story. (tiba2 rindu nak tulih blog pulak)

TEMPAT KEJADIAN : sebuah stesyen minyak 'terkemuka' di mesia
MASA KEJADIAN : perjalanan aku ke tempat keja

preengg preengg preenngg (bunyi moto aku sampai kat tempat kejadian)..enjin moto dimatikan.

satu kejadian pergaduhan ala2 kl gangster tengah berlaku!

nyonya : aiyak! u ni memang tipu. wa maw boh rm2 saja. ni meter jalan sampai rm4 lebeh. wa mana bawak duit. (sambil menepok2 seat moto honda lampu bulat beliau)

macha : aiyo auntie. u bayar saja la. sapa suruh u isi sampai lebey. u kena bayar la. (penjaga pam minyak tersebut)

nyonya : wa tamaw bayaq! lu tipu!

macha : u jangan ini macam la. u mesti maw bayaq jugak.

tiba2 dengan slumbernye aku mencelah.

AKU : wopp wopp..aku nak pi keja ni. bagi aku boh minyak dulu pahtu sila sambong gado. (sambil menunjukkan jam di tanganku)

AKU menekan no5. maknanya aku nak boh rm5 la tuh. teros isi dengan tenangnya sambil2 mencuri dengar pergadohan tersebut. selesai isi, aku bagi duit kat macha tuh. aku pon blah dan tak amek port da pasal bende tuh. bile pikir2 balek. AKU, macha tuh, tambah ngan nyonya tuh. waaa terasa macam iklan 1malaysia pulak. buat apa maw gado2 maa...

gambar sekadar hiasan. ini bukan gambar nyonya tersebut. sekian terima kasih.

iklan 'the pencil' buatan sendiri

Monday, May 16, 2011

aku dah lama dah bercita2 nak jadi director iklan petronas. ngeh3.. tinggi cita2 tuh. so kat sini aku try buat 1 iklan yang kunun2 nye exclusive la. sempena tarikh 16 mei. korang tengok je sendiri. weeee~~



komen sket ;)

kalo korang tak penah tengok lagi citer seram sejuk yang aku wat ngan kawan2 time zaman kolej2 dulu. boley tengok kat sini. seram siot.. tak boley tido malam tuh. hehe..


kenapa dengan pipi aku nih??

Wednesday, April 13, 2011

situasi di tempat keje:-

aku berjalan masok ke tempat keje seperti biasa..


A: weh awat ngan pipi hang? kena tumbok ka?


B: hang cemolot (cium mulut) ngan awek mana semalam sampai jadi camnih?


aku: terima tohmahan2 dengan redha..


flashback sebelum itu, sewaktu aku baru bangun tido. terlihat di cermin. aargghh..awat muka aku tak simetri!! sebelah pipi ku bengkak! ni gara2 sakit gigi semalam la nih.


aku teros melangkah longlai untuk membuat medical checkup. kot2 boleh dapat cuti best jugak nih.

Dr S: tulah hang. len kali kalo nak cium, check dulu awek tu dah gosok gigi ke belom.
(lalu memberi prescription ubat kat aku)

aku: hampeh betoi!!takpa2..naseb baek member..

aku pon kena la makan ubat2 nih bagi abes dulu. once swelling kat pipi ni dah surut, baru la boleh pi check kat dentist nak tampal ke cabut ke. adoyai..ni seram sejuk ni nak pi jumpa dentist. so next entry maybe aku kat klinik gigi la kot..huhu..cepat la baek wahai gigi!

(tapi tengok2 balek kat cermin, kiut plak aku ada tembam kat pipi ni,,hahaaa)

koko crunch percuma cd games!!

Sunday, April 3, 2011

time shoping2 barang dapur tadi, aku ternampak la sekotak bijirin sarapan berkhasiat nih. memang aku suka makan pon tiap2 pagi. tiba2..jeng jeng jeng..aku baca kat kotak tuh, tertera tulisan 'percuma cd games'. aku pon teros mencapai kotak tuh dan membayar kat kesyer (cashier) tuh.
hehe..inilah kotak bijirin yang aku maksudkan tadi. jadilah koko crunch! bukan ape, sekali sekala jadi budak2 nih best jugak. cam hepi je. game yang dia bagi tu pon budak2 punye je daa.

antara games yang terdapat dalam cd tuh

so kalo korang rasa bosan2 ke, tataw nak watpe sangat da. dapatkan koko crunch di kedai2 berhampiran anda dan bermainlah game ini sepuasnya!! (buat promotion macam best sangat tuh game ni =p)

taman rimba penang!

Saturday, March 26, 2011

berkelah di pantai yang indah, bermacam acara digubah, bermainlah berkawan2, bermandi bersukaan. lalalaa.. teringat aku ngan lagu time subjek muzik masa sekolah rendah dulu. sebenaqnya nak citer pasal aku pi picnic dengan kawan2 tempat keje aku nih. taman rimba dekat teluk bahang (ke arah batu feringgi). kat penang ni payah sikit nak carik sungai. balek2 pantai je. tapi disebabkan kami tamaw sunburn, kami semua memilih untuk picnic kat sungai je. (cewah)

okey jugak la taman rimba nih. ada macam2 la. boleh gak wat camping2 ke kem bina diri ke. malam2 boleh wat bbq jugak. tengok la tuh kami cam bersungguh2 sangat jek main volleyball ayaq tuh. ni la yang dipanggil kolam 1malaysia! semua ada. hehe..

my birthday present

Wednesday, March 23, 2011

besday aku 8hb. tapi nape aku dapat present lambat. isk nak kena nih. tapi nasib baek dapat bende yang memang aku betol2 tengah nak. jeng jeng jeng.. its a keyboard!! thanks to my kekaseh hati. hehe.. takpe la lambat pon. asalkan dapat benda yang aku suke.
so lepas ni kalau aku lambat2 sikit update blog tuh, maknenye aku tengah dok berkarya la tuh. mana taw pasnih boleh jadi komposer. pastuh jadi juri, jadi pengkritik. adeyh jaoh da berangan ni. lagu first yang aku belajar main is 'sedetik lebih' by anuar zain which is OST hikayat merong mahawangsa. ambik masa satu hari jugak nak try chords tuh. mane tak nye, belaja dengan youtube jek. rasenye pasnih teringin jugak la nak ambik class music sket.

guitar and keyboard dah ade. next nak drum set pulak! (next besday eik syg..heee)


redbox 1st avenue penang

Wednesday, March 16, 2011

setelah melangkah ke alam pekerjaan ni, dah lame aku tak menjejak kaki ke redbox even kat penang da ade 2branch. (bangga gak jadi warga penang ni kui3) so ari tuh alang2 da ambik annual leave ari jumaat, saje nak rilek2 kan diri, aku dan misz pergi ler kat redbox 1st avenue.

dapat jugak aku karok lagu2 baru. kebahagiaan dalam perpisahan (shahir), sedetik lebih ost merong mahawangsa (anuar zain). puas hati gak biler dapat bilik yang besar dan yang bestnye mic cordless. boleh karok sambil dance2. rasa macam wat konsert tuh. hehe.. so kalau korang nak try, 1st avenue ni terletak sebelah komtar je dekat ngan prangin mall jugak.


deko bilik..surppprrriiiiseee!!

Sunday, March 13, 2011

memandangkan weekend kali ni cuaca yang asek hujan, so aku pon malas sangat la nak kuar. mood weekend untuk men'deko2' bilik. lagi pon lame sangat da aku tak kemas bilik aku nih. masok bilik cuma untuk tido and maen intenet jek. pemalas jugak aku nih. so setelah berkira2 dan memerah otak camne nak kemas (time ni rasa diri macam eric deko) , aku pon memulakan la langkah2 mem'vacuum', menyapu, mengelap, menolak almari, menyambung2 wire, tido, pastu bangun sambung balek kemas, buang sampah2 yang tak gune lagi da.

finally, aku pon bukak pintu bilik aku..and cakap sendiri kat diri aku..suurrrrpppprriissseeee!!

computer corner kat tepi tingkap, so luas mata memandang. nak tengok movie ramai2 pon boleh! graffiti kat dinding tu yang mahai tuh.

gitar kesayangan kat sebelah cokes corner. cokes collection aku setakat ni da almost 100 items da all over de world. yang aku paling sayang from macca, siap tulis ngan hurup jawi lagi. later kalau aku rajin aku update pasal collection aku ni orait.

finishing, set mekap (barang2 penjagaan diri ler tuh) letak dekat tepi pintu, so senang every time nak kuar bilik boleh check dulu ensem ke tak. hehe.. atas pintu tuh buat ala2 macam kat kedai levis ler kononnye.

so amacam cantik tak??

hikayat merong mahawangsa superb!

Friday, March 11, 2011

ceritera bermula apabila dua buah kuasa besar ingin mengukuhkan kekuasaan dengan mengahwinkan putera mereka (empayar Rom) dengan puteri dari tanah besar china. walaweyh..cara aku citer pun dah jadi ala2 gaya pencerita dalam filem! bukan apa nak bagi korang feel sikit macam mane aku feel time tengok citer nih. so biler dah dua kuasa besar nak bergabung, mesti la ada je pihak2 yang dengki kan. diorang ni la yang dinamakan 'geng geruda' (siam kot) yang menyerang dan menculik puteri cina tu. boleh tahan cun jugak la puteri ni. merong mahawangsa' yang menjadi kapten kapal rombongan meminang tu rasa reponsible la biler 'geruda' ni serang diorang. kat sini la banyak scene2 and fight2 yang sempoi2.



dulu tengok trailer filem ni kat utube rasa macam mesti best citer ni, even CGI dier banyak tapi camera cam still kureng la. tapi biler tengok je kat screen besar cinema tuh, mak aihh its totally diferent la. seriusly cantek giler and tak rasa macam tengok citer melayu. memang kagum siot. filem ni bukan la macam citer sejarah yang bosan and meleret. cinematography cantek, kostum pun smart, lakonan terbaek and fighting2 tuh memang tangkas sungguh la. watak yang paling aku suke dalam filem tu 'kemawas' lakonan Khir Rahman, ketua tentera geruda. memang nampak ganas and biler tengok citer tu aku rasa memang dia la yang paling layak untuk watak tu. terbaeklah!


so daripada 5star, aku nak bagi
6star untuk filem ni! hehe aku rasa best la citer ni berbaloi untuk korang tengok!

my birthday cake!

Wednesday, March 9, 2011

tarikh: 8 mac 1987
kejadian: birthday of zac zirwan
cake sponsor by: MMCH

thanks kepada semua kawan2 yang wish besday kat aku tak kire la kat fb ke, kat sms, telepon, mane2 jela. siap ada yang nyanyi lagu hepi besday kat tepon lagi pagi2 time aku sampai kat tempat keje. huhu.. thank u kat korang sume!!love u all!!

konsert intro mentor 5!!

Sunday, March 6, 2011

mentor2 kali ni sume memang hebat la. sharipah aini, erra fazira, rahim maarof, edry kru, afdlin shauki. kecuali noh sorang je. hee.. dia baru je dalam bidang ni macam pelik la pulak bertanding dengan otai2 yang lain.

protege2 kali ni pon boleh tahan jugak. muka commercial la. tak macam musim 4 yang lepas. muka tak artis. huhu.. lepas dah tengok performance diorang, aku rasa protege yang aku berminat..jeng jeng jeng..SHIHA!protege kepada kak pah. mentor ni ada aura yang tersendiri. plus protege-nye yang comei gitu. hehe.. orang penang tu. nasik kandaq mari!

(shiha, hujung dari kiri..comei kan? =p )

nape aku tuka blog pulak nih??

Saturday, March 5, 2011



tapi kenapa??kenapa??
why??

mari kita dengar apa kata orang di luar sana..



(maaf gambar terpaksa di'blur'kan atas sebab2 keselamatan)

akibat cemuhan2 di atas.. aku sebagai blogger yang penoh bersemangat waja..teros mengambil langkah untuk 'menyetelkan' masalah ni..dengan macho dan steady-nya..aku register je blog yang baru..dengan nama yang lebih senang di-search kat google..nama aku sendiri..zaczirwan.blogspot.com!!

harapan aku pasni aku akan lebih kerap update blog at least 2days once..kat sini aku nak citer pe2 je bende yang aku rasa nak citer..bukan pasal hiburan jela..ikot suke aku la nak tulis pasal pe pon kan..ada aku kesah??(tema raja lawak minggu lepas)